Apakah sebenarnya EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam?
EKSA
atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam adalah satu inisiatif MAMPU untuk
menambahbaik perlaksanaan Amalan 5S, khusus untuk sektor awam.
Perlaksanaan EKSA bukanlah sebagai pengganti kepada 5S, tetapi ianya
adalah penjenamaan semula kepada 5S. Langkah ini selaras dengan usaha
memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam
kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran,
budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor
awam.
Objektif EKSA
Penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk memolehkan agensi sektor awam:
- meningkatkan imej korporat;
- Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
- menyemarakkan aktivit kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
- memperluas perlaksanaan di agensi-agensi kerajaan; dan
- memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/agensi kerajaan.
Penambahbaikan yang dibuat melalui EKSA
EKSA
telah memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang
merangkumi kriteria ganerik dan kriteria khusus dengan turut mengambil
kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis
perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang
dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi
keperluan kepelbagaian agensi kerajaan pada masa kini. Justeru,
penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang
diaudit.
POLISI EKSA PMU
Mengamalkan amalan EKSA
melalui budaya berterusan di dalam persekitaran berkualiti,
kondusif dan selamat kearah kecemerlangan organisasi menerusi penggunaan sumber yang
berhemah.
OBJEKTIF EKSA
1. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang
kondusif dan selamat untuk meningkatkan produktiviti kerja.
2.
Menjana semangat kerjasama warga PMU
kearah penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif.
3.
Memanfaatkan penggunaan sumber secara optimum
dan efisien.
4.
Memupuk amalan penyelenggaraan sebagai budaya kerja
yang berterusan.
MATLAMAT EKSA
1. Memperoleh persijilan amalan
EKSA pada tahun 2016.
2. Memastikan budaya kerja
EKSA diamalkan secara berterusan.